Selamat Datang ke Blog Rasmi Unit Bimbingan & Kaunseling SMKADG"1Sekolah 1Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling"

Monday 7 November 2011

Kerjasama dalam kehidupan harian




Anda dapat perhatikan di dalam gambar ini terdapat dua ekor kucing yang saling membantu.kucing bewarna kelabu menolong kucing yang bewarna hitam..Di sini dapat kita perhatikan kerjasama yang berlaku antara dua ekor kucing tersebut.Jadi,moralnya kita haruslah saling membantu antara satu sama lain.jadi,sesuailah dengan peribahasa ini "berat sama dipikul,ringan sama dijinjing"...sekian sahaja....

Sunday 6 November 2011

Mesti Baca: Resipi Orang Berjaya


1. Bertanggung jawab pada diri sendiri.Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar

2. Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya.Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3. Dahulukan mana yang penting.Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap anda berada dalam "win-win situation".Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda.Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik.
Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.

7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan.
Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.

Tuesday 1 November 2011

PROGRAM AMALI PENYEMBELIHAN UNTUK SEMUA PELAJAR TINGKATAN


Pendedahan awal kepada pelajar-pelajar terhadap perkara  penting yang akan dihadapi apabila dewasa kelak seperti proses penyambelihan yang halal di sisi islam dan mengikut hukum syarak.oleh itu,sekolah telah mengadakan satu amali penyembelihan untuk semua pelajar tingkatan 4.Pelajar-pelajar di ajar untuk melakukan proses penyembelihan yang betul dan halal untuk dimakan..Selain itu,semangat kerjasama dapat dipupuk dengan eratnya antara pelajar.dan guru.Dengan ini,pelajar tidak akan meghadapi kesukaran untuk melakukannya pada masa akan datang
bersesuain dengan pepatah melayu"melentur buluh biarlah dari rebungnya"



Pelajar dibenarkan untuk menyembelih ayam dalam kumpulan
                                     Pengetua membuat demostrasi penyembelihan kepada pelajar
                       Pelajar juga diajar cara-cara memproses ayam yang siap disembelih tersebut




Tujuan penyembelihan haiwan halal untuk dimakan ialah bagi mengeluarkan kotoran pada darah dan mematikan haiwan itu dengan cepat, mudah serta mengurangkan kesakitan.Harapan kami agar pelajar dapat mempraktikkan apa yang diajar dalam kehidupan mereka.


Kursus Merekayasa Peringkat Negeri Di Angulia Beach Resort






Di manakah kita????Renung2 kan.......


Monday 31 October 2011

Ceramah Kenali Ubat Anda

ubat
  Kebanyakan daripada kita akan mengambil ubat apabila sakit. Terdapat juga sesetengah orang mengambil ubat-ubatan untuk tujuan kecantikan dan untuk tujuan menghidari daripada penyakit. Namun, kita selalu lalai tentang ketulenan tersebut serta pendaftaran ubat-ubatan. Menyedari daripada keadaan ini, dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan dan unit bimbingan dan kaunseling telah menganjurkan satu ceramah yang bertajuk Kenali Ubat Anda pada 24 Oktober 2011 bertempat di Dewan Ibnu Khaldun.  Selain itu, untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam untuk mengenali ubat, satu pameran Kenali Ubat turut diadakan. Ceramah dan pameran tersebut telah diaturkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan tujuan memberikan maklumat serta kesedaran kepada murid dan guru tentang kepentingan mengenali ubat-ubatan yang diambil.


Ceramah "kenali ubat anda" telah disampaikan oleh Cik Aliana A. Rahman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut beliau, kesedaran untuk mengenali ubat penting supaya kita tidak mengambil ubat yang mungkin boleh menyebabkan kemudaratan serta kaedah mengenalpasti ubat palsu yang terdapat di pasaran. Selepas ceramah, murid diberikan masa untuk sesi kuiz dan murid yang dapat menjawab soalan kuiz akan diberikan hadiah yang disediakan oleh pihak Kementerian. Diharapkan melalui ceramah dan pameran ini akan memberikan satu kesedaran untuk mengenali ubat yang diambil.

Sunday 30 October 2011

sekadar renungan anda..
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang" 

"Janganlah kamu bersedih sesungguhnya kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu orang
yang beriman"