Selamat Datang ke Blog Rasmi Unit Bimbingan & Kaunseling SMKADG"1Sekolah 1Blog Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling"

Kenali Guru Kauseling

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama bertapak dalam sistem pendidikan kita.Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruang yang luas untuk diperbaiki,khidmat murid membantu mueid merupakan  satu sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut.Oleh sebab murid adalah lebih ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan,maka mereka lebih mudah didapati.

Walau bagaimanapun,pihak pentadbir sekolah,guru staf dan masyarakat haruslah sedar bahawa PRS ini adalah remaja atau murid biasa yang masih mempunyai kekurangan diri dan perlukan bimbingan berterusan daripada orang dewasa.Mereka juga tidak berupaya menjadi muris serba sempurna tanpa membuat kesilapan.

Mereka juga tidak berupaya memenuhi tuntutan pentadbir dan guru untuk mengatasi masalah disiplin sekolah.Apa yang boleh mereka lakukan melalui bimbingan dan galakan daripada pentadbir,guru dan orang dewasa lain ialah dengan menggunakan pengaruh positif serta contoh teladan untuk menarik perhatian rakan-rakan kearah pelakuan yang diterima